PRINSIP-PRINSIP
ASAS PERUBATAN ISLAM
- Kaedah rawatan tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah, ijma’ ulama’ serta amalan para salafussoleh.
- Tidak boleh menetapkan sebarang bentuk bayaran tertentu terhadap ikhtiar pengubatan yang dilakukan.Justeru aspek keikhlasan perawat dan keikhlasan pesakit perlu ditampilkan. Kombinasi ini merupakan antara elemen yang membantu dalam pemulihan pesakit. Sekiranya melibatkan barangan, pesakit tidak boleh dipaksa untuk membeli barangan yang ditawarkan dengan pakej tertentu bagi tujuan merawat penyakitnya. Terpulang kepada pesakit untuk membuat keputusan.
- Perawat tidak boleh meninggalkan kerja-kerja asasi yang lain termasuklah tanggungjawab kepada masyarakat dan keluarga.
- Perawat tidak boleh mengajukan tawaran bagi mengubati pesakit.
- Kaedah dan prosedur rawatan tidak menimbulkan fitnah. Contohnya, perawat tidak boleh memukul pesakit sehingga memudaratkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan