DARUN NURANIYYAH

          Pusat Rawatan Islam dan Tarbiah Ilmu Darun Nuraniyyah telah ditubuhkan secara rasminya pada Jun 2009 sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah dan memartabatkan perubatan yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Allah s.w.t telah memilih bumi Tanjong Malim sebagai tempat bertapaknya sebuah pusat rawatan Islam. Dari masa ke semasa, Darun Nuraniyyah semakin berkembang maju khususnya dalam melahirkan pengamal-pengamal perubatan Islam yang berwibawa dan berketrampilan serta mengetengahkan ilmu-ilmu perubatan Islam kepada masyarakat umat Islam.
          Sehingga kini pihak Darun Nuraniyyah menerima kunjungan di kalangan pesakit-pesakit kawasan tempatan (Tanjong Malim, Hulu Bernam, Behrang, Slim River, Kalumpang, Kuala Kubu Baru), dan dari negeri-negeri di dalam negara. Pihak Darun Nuraniyyah juga pernah menerima kunjungan pesakit dari Indonesia seperti Riau dan Medan. Darun Nuraniyyah juga merupakan panel khidmat perubatan Islam kepada beberapa klinik dan hospital swasta, di samping memberikan khidmat rawatan Islam dan rundingcara kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta serta syarikat-syarikat korporat.
          Setakat ini, Darun Nuraniyyah telah mempunyai satu cawangan di Teluk Intan, Perak dan wakil-wakil perawat Islam di beberapa buah negeri, terutamanya di negeri Perak.Darun Nuraniyyah mengimplementasikan sistem pengurusan secara professional dan sistematik ke arah memartabatkan bidang Perubatan Islam. Darun Nuraniyyah turut mendapat kepercayaan masyarakat bukan Islam yang berbangsa Cina dan India dalam khidmat rawatan.
Kepakaran pengasas Darun Nuraniyyah dalam sektor profesional dan korporat digunakan sepenuhnya ke arah memastikan profesionalisme dari aspek pengurusan, pemasaran, pelan tindakan dan perlaksanaan rawatan.
          Darun Nuraniyyah mengutamakan perkhidmatan rawatan yang berkualiti, bukan kuantiti rawatan. Jesteru, perlaksanaan sesi rawatan disusunatur agar pesakit tidak perlu menanti giliran yang lama, perlu ada sesi diagnolisis dan analisis penyakit atau masalah, sesi perbincangan, rundingcara, bimbingan dan kaunseling serta sesi rawatan yang khusus. Seluruh perancangan program dirancang dan disusunatur menerusi takwim tahunan disamping sistem dokumentari rekod yang tersusun. Darun Nuraniyyah semakin mengorak langkah dalam mengembangkan ilmu perubatan Islam menerusi penerbitan buku-buku yang berkaitan hasil kerjasama dengan beberapa syarikat penerbitan di negara ini. Hasil karya pengasas Darun Nuraniyyah bakal berada di pasaran menjelang tahun 2014. Di samping itu, lebih banyak bengkel, kursus, seminar, kuliah dan latihan bakal dilaksanakan secara intensif.

 Visi
“Ke arah Memartabatkan Thibbun Nabawi dan Syiar Islam”

Misi
· Melaksanakan usaha dakwah menerusi medium Perubatan Islam.
· Melaksanakan dan mengutamakan sistem rawatan secara professional dan berkualiti.
· Memartabatkan Thibbun Nabawi dalam kehidupan masyarakat agar ia menjadi dominan bukan sekadar alternatif.
· Memperkasakan usaha menyekat dan mencegah kaedah rawatan yang bertentangan dengan syarak demi menjaga akidah umat Islam seperti perbomohan dan perdukunan yang tidak syarie, kaedah pengubatan yang tidak sahih sanadnya, unsur-unsur syirik,    tahyul dan mistik di kalangan masyarakat.
· Menyebarluaskan ilmu perubatan dan kesihatan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta falsafah kehidupan menerusi medium seminar, kursus, bengkel, kuliah dan penerbitan bahan-bahan ilmiah.

Biografi Penasihat

Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Mahmud
Beliau merupakan seorang pendakwah bebas, pengamal perubatan Islam dan doktor Hemeopati. Beliau pernah berkhidmat dengan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) pada tahun 1986 sehingga 2001. Berpengalaman dalam perubatan Islam sejak 1988. Beliau juga merupakan panelis program televisen dan radio, menerusi program Tanyalah Ustaz (TV9), Al-Kuliyyah(TV3), Misteri Nusantara, Wanita Hari Ini, Al-Hidayah (TV3), Expose Mistik (Astro), Motivasi Pagi (Radio IKIM FM), Mutiara FM dan Radio Malaysia Pahang.


Biografi Pengasas

Ustaz Sheikh Mohd. Faizal bin Omar
Beliau telah mengasaskan Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah pada Jun 2009. Berpengalaman dalam bidang Perubatan Islam sejak 2008. Beliau merupakan                 seorang pengamal perubatan Islam,                  perunding pemakanan dan kesihatan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah,             perunding motivasi an penulis buku. Beliau giat melaksanakan kursus dan seminar dalam bidang perubatan Islam, di samping menyampaikan kuliah dan ceramah di surau, masjid dan institusi  pengajian  khususnya di negeri Perak. Beliau telah berguru secara bertalaqqi dengan Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Mahmud sejak 2008 sehingga kini.





1 ulasan:

  1. Salam
    Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan tuan ustaz abdullah mahmud yang ada pada kami

    BalasPadam