Selasa, 9 Julai 2013

KONSEP & PRINSIP ASAS RAWATAN ISLAM

JENIS PERUBATAN 


                     Perubatan Islam adalah                Perbomohan adalah perubatan
                     perubatan yang berasaskan :        yang menggunakan perantaraan
                     a) Al-Quran                                  jin untuk mencapai hajat
                     b) As-Sunnah
                     c) Bahan alami

DEFINISI PERUBATAN ISLAM

Perubatan Islam merujuk kepada perubatan yang berasaskan kepada 3 sumber utama iaitu :
a)      Al-Quran
b)      As-Sunnah
c)      Bahan alami

      Bahan alami merujuk kepada segala bahan yang letaknya di antara langit dan bumi. Bahan alami adalah bahan sumber alam yang merangkumi tumbuh-tumbuhan, haiwan dan batu-batan.

      Pentakrifan konsep perubatan Islam ini merujuk kepada sirah Rasulullah s.a.w dan sumber-sumber rujukan daripada Al-Quran & hadis Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda :
“Ke atas kamu dua penawar, madu lebah dan Al-Quran” (Riwayat Ibn Majah, Ibn. Mas’ud)
Ibn Qayyim al-Jauziyah di dalam kitabnya “al-Tib al-Nabawi” ketika mengulas hadis ini menyatakan bahawa ia menggabungkan di antara perubatan Illahi dan perubatan manusia, di antara perubatan jasmani dan perubatan rohani, di antara penawar bumi dan penawar langit.

      Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sebaik-baik ubat itu adalah Al-Quran”

Allah s.w.t berfirman :   
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya” (Surah al-Isra’ : 82)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan