Khamis, 14 November 2013

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN - bahagian 1

Simptom-simptom gangguan jin di atas dapat dikategorikan kepada 7 aspek utama iaitu :
1)        Keadaan semasa tidur dan mimpi
2)        Kejiwaan dan fikiran
3)        Fizikal
4)        Ibadah dan kerohanian
5)        Kehidupan sosial dan aktiviti harian
6)        Akhlak
7)        Gangguan di kediaman

KEADAAN SEMASA TIDUR DAN MIMPI

1)        Sukar tidur malam.
2)    Terlampau banyak tidur atau kerap mengantuk terutama pada waktu-waktu yang dilarang tidur.
3)   Mimpi melihat binatang seperti ular, anjing, kala jengking, kerbau, monyet, harimau, lintah dan sebagainya.
4)        Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
5)        Bermimpi kanak-kanak.
6)        Bermimpi membawa kanak-kanak naik basikal
7)        Bermimpi terbang atau melayang.
8)        Bermimpi di tempat tinggi @ jatuh dari tempat tinggi.
9)        Mimpi mengandung dan bersalin.
10)         Mimpi keturunan yang telah meninggal dunia.
11)         Bermimpi rumah pusaka.
12)         Bermimpi di tempat yang kotor.
13)         Bermimpi lemas dalam air.
14)   Bermimpi seram yang menakutkan@ lihat makhluk aneh/menakutkan.
15)         Mimpi kabus dan ada ancaman.
16)         Mimpi di kawasan kubur.
17)         Mimpi di tempat sunyi.
18)         Mimpi lihat salib @ gereja.
19)         Mimi bertarung sama ada dengan haiwan atau sesuatu makhluk.
20)         Mimpi bertemu paderi.
21)         Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, kapak, parang dll.
22)         Merintih, menangis ketika tidur.
23)         Terjaga di tengah malam dalam keadaan takut, cemas, terkejut
24)         Selalu ditindih ketika tidur.
25)         Gigi berlaga ketika tidur.
26)         Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur.
27)         Berdiri/berjalan ketika tidur.

KEJIWAAN DAN FIKIRAN

1)        Nyanyuk ketika usia lanjut.
2)        Panas baran atau degil.
3)     Kerap bingung atau ‘blur’ (fikiran mnjadi kosong atau melayang dengan tiba-tiba).
4)        Gila.
5) Menghadapi masalah skizofrenia atau tekanan mental. Pesakit biasanya mengalami halusinasi (melihat perkara-perkara yang manusia normal tidak dapat lihat) dan delusi (mendengar bisikan-bisikan).
6)    Was was sama ada dalam solat, semasa wuduk atau kehidupan seharian.
7)      Sering lupa bilangan rakaat dalam solat atau lupa dalam banyak perkara.
8)      Kecelaruan emosi dalam hubungan suami isteri di mana suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
9)        Rasa benci pada pasangan.
10)         Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
11)    Sering teringat pada seseorang. Ada kalanya terjaga di tengah malam dan teringat kepada seseorang.
12)         Kuat berangan.
13)         Nafsu seksual yang melampau.
14)         Kerap mendengar sesuatu bisikan.
15)         Mudah terkejut/panik/kaget.

FIZIKAL

1)        Sakit kepala selepas waktu Asar keatas.
2)        Badan terasa berat dan malas.
3)        Sukar mendapat jodoh.
4)        Badan terasa bisa-bisa, sakit @ lenguh sendi-sendi utama.
5)        Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6)        Sakit pinggang tanpa sebab.
7)        Sakit dada bila waktu asar keatas.
8)        Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
9)        Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
10)         Darah haid turun lebih 15 hari (istihadah).
11)     Kitaran haid tidak normal sama ada datang haid 2 atau 3 bulan sekali atau 2 hingga 3 kali sebulan atau tidak datang haid untuk tempoh masa yang lama.
12)         Senggugut yang kuat.
13)         Gangguan sekitar rahim (rasa panas, keras atau rasa dibelit sesuatu).
14)          Batuk yang berpanjangan.
15)         Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
16)         Kerap keguguran.
17)         Gagal melakukan hubungan kelamin.
18)         Pandangan menjadi kabur, rabun.
19)         Sakit menusuk di bahagian ulu hati, ari-ari, rusuk.
20)         Mengantuk bila dengar al-quran.
21)         Mandul.
22)         Kanser/ketumbuhan/fibroid
23) Seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti pijak kaca, paku, telur
24)         Sawan yang bukan disebabkan oleh demam panas.
25)         Down syndrome
26)         Migrain.
27)         Gastrik.
28)         Sakit tulang belakang/belikat.
29)         Melihat jin secara terus.
30)         Lihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
31)       Gatal pada kulit terutama pada waktu tertentu seperti malam @ tengah hari.
32)       Demam yang berpanjangan (tak kebah) terutama pada waktu malam.

Selasa, 22 Oktober 2013

MAKLUMAN

Assamualaikum w.b.t.
       Pihak Darun Nuraniyyah ingin memaklumkan bahawa Ustaz Faizal (Pengasas & perawat DN) akan bercuti mulai 13 Oktober hingga 3 November 2013. Tugas merawat akan diambil alih oleh pembantu perawat, Mohamad Hafiz. Pihak kami amat mengharapkan agar pesakit dapat membuat temujanji terlebih dahulu. Ini, terutamanya untuk memastikan perawat berada di pusat rawatan (tiada urusan luar/ rawatan luar) ketika kunjungan anda, supaya rawatan dapat dijalankan segera atau pada hari yang sama. Sehubungan itu, sila hubungi nombor 019-4517379 (Hafiz) untuk temujanji rawatan.
Terima kasih.

Selasa, 24 September 2013

MUTIARA IKHLAS - Bahagian 3

Tercela dan diharamkanNya orang yang menimba ilmu agama tidak ikhlas kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menuntut ilmu yang semestinya dipelajari demi mencari wajah Allah akan tetapi dia tidak menuntutnya melainkan untuk menggapai kesenangan dunia maka dia pasti tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari akhirat kelak." (HR. Abu Dawud dan disahihkan al-Albani, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal.22)

            Amalan yang dicampuri syirik, contohnya riak tidak diterima oleh Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman: Aku adalah Dzat yang paling tidak memerlukan sekutu. Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang dia mempersekutukan diriKu dengan selainKu, maka akan Kutinggalkan dia bersama kesyirikannya." (HR.Muslim, lJami' al-'Ulumwa al-Hikam,hal.23)

            Sebesar apapun amalan, maka yang akan diterima Allah hanyalah amal yang ikhlas. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan kecuali yang dilakukan dengan ikhlas dan demi mencari wajahNya." (HR. Nasa'i,  Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 21)

Buah Keikhlasan
Di antara syafaat yang paling agung diperolehi orang-orang yang ikhlas adalah diharamkanNya tersentuh api neraka. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah mengharamkan sentuhan api neraka kepada orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas kerana ingin mencari wajah Allah SWT ."
(HR..Bukhari.dan.Muslim.dari.Itban.radhiyallahu'anhu).

            Orang yang ikhlas atau bertauhid akan selamat daripada hukuman kekal di dalam neraka, iaitu selama di dalam hatinya masih tersisa iman atau tauhid meskipun sekecil biji sawi. Dan apabila keikhlasan itu sempurna di dalam hatinya maka ia akan selamat dari hukuman neraka.dan.tidak.masuk.ke.dalamnya.sama.sekali. (al-Qaulas-Sadid,hal.17)

Orang yang mendapatkan keutamaan ini hanyalah orang yang ikhlas dalam mengucapkan kalimah.syahadah.

            Hadis ini mengandungi bantahan bagi kaum Murji'ah yang menganggap bahawa ucapan ‘la ilaha illallah' itu sudah cukup walaupun tidak disertai dengan harapan untuk mencari keikhlasan. Hadis ini juga mengandungi bantahan bagi kaum Khawarij dan Mu'tazilah yang beranggapan bahawa pelaku dosa besar kekal di dalam neraka, sementara hadis ini menunjukkan bahawa para pelaku perbuatan-perbuatan yang diharamkan tersebut dan tidak bertaubat sebelum matinya, tidak akan kekal di neraka, hanya pelakunya yang memang berhak menerima hukuman atau seksa di akhirat sana. [Al-Qaul al-Mufid ‘ala Kitab at-Tauhid (1/46)]


            Selain itu, orang yang ikhlas juga akan berasa ringan dalam melakukan perbagai ketaatan yang pada umumnya terasa berat, kerana orang yang ikhlas sentiasa menyimpan harapan untuk mendapat pahala daripada Allah. Demikian juga, ia akan berasa ringan dalam meninggalkan maksiat, kerana berasa takut akan hukuman Rabbnya yang tertanam kuat di dalam hatinya.  Orang yang ikhlas dalam beramal akan berusaha mengubah amalannya yang sedikit menjadi banyak pahalanya, sehingga ucapan dan amalannya akan membuahkan pahala yang berlipat ganda.

MUTIARA IKHLAS - Bahagian 2

Ayat-ayat Allah berkenaan ikhlas
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untukNya. Ketahuilah, sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah."(Surah Az-Zumar: 2-3)
"Padahal, mereka tidaklah disuruh melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya dalam menjalankan ajaran yang lurus, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Demikian itulah agama yang lurus." (Surah Al-Bayyinah: 5)
"Berdoalah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama dan amal untukNya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai.” (Surah Ghafir: 14)

Hadis Nabi berkenaan ikhlas
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan kecuali yang ikhlas dan dilakukan demi mengharap wajahNya."(HR. Nasa'i, dari Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu'anhu, sanadnya hasan, dihasankan oleh al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya')

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling berbahagia dengan syafa'atku kelak pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas dari dalam hati atau dirinya." (HR. Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu).

Kerana satu dinar emas
Kisah yang sering kali kita tentang dengar apabila membicarakan keikhlasan yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya' Ulumuddin" berkaitan kisah seorang lelaki soleh yang mendapat berita tentang sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Dengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut. Di Pertengahan jalan beliau bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan itu menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan itu tidak berpuas hati lalu pergelutan terus berlaku yang akhirnya tetap dimenangi lelaki soleh tersebut. Akhirnya syaitan mengaku kalah, tetapi ia menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan akan memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan itu. Lelaki itu termakan tawaran syaitan, lalu pulang ke rumah.

Esok pagi, didapatinya ada sekeping dinar emas di bawah bantal dan ia mengakui syaitan tersebut telah menunaikan janjinya. Begitulah seterusnya pada hari kedua. Namun pada hari ketiga, dinar tersebut tiada lagi. Ternyata syaitan itu telah mula menipu. Berang dengan perlakuan syaitan tersebut, lelaki itu mencapai kapaknya untuk meneruskan semula rancangan awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan menyamar itu datang menghalang lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dia cuba bangun sekali lagi namun tetap kalah malah dicubanya kali ketiga tetapi tetap kalah. Ketika itu dia bertanya kenapa dia kalah dan adakah lawannya sudah semakin gagah? Syaitan menjawab "Engkau kalah kerana kali ini niatmu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas." Ya, lelaki itu mengakui bahawa dirinya menjadi lemah kerana niatnya kali ini sudah tidak ikhlas. terbuktilah bahawa keikhlasan itu merupakan suatu kekuatan dan kehormatan.

Gara-gara Tidak Ikhlas
Sulaiman bin Yasar berkata: "Suatu masa, ketika orang-orang mulai bersurai meninggalkan majlis Abu Hurairah, maka Natil, salah seorang penduduk Syam, berkata kepadanya, "Wahai Syaikh, tuturkanlah kepada kami suatu hadis yang pernah anda dengar dari Rasulullah SAW."
Abu Hurairah menjawab; "Baiklah, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda": "Sesungguhnya orang-orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah: 

1.            Seorang lelaki yang telah berjuang demi mencari mati syahid. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya. Allah SWT bertanya kepadanya: "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Aku berperang di jalanMu sampai aku menemui mati syahid."
Allah SWT berfirman;
"Kamu dusta, sebenarnya kamu berperang agar disebut-sebut sebagai pemberani, dan sebutan itu telah kamu peroleh di dunia." Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan meniarap di atas wajahnya sehingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka”.
2.         Seorang lelaki yang menimba ilmu dan mengajarkannya serta pandai membaca dan menghafal al-Quran. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya. Allah SWT bertanya kepadanya; "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Aku menimba ilmu dan mengajarkannya serta aku membaca dan menghafal Al-Qur'an di jalanMu."
Allah menyanggah jawapannya;
"Kamu dusta. Sebenarnya kamu menimba ilmu agar disebut-sebut sebagai orang alim, dan kamu membaca al-Quran agar disebut sebagai qari'. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia. "Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka”.

3.         Seorang lelaki yang diberi kelapangan oleh Allah serta mendapatkan kurnia berupa segala macam bentuk harta. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya. Allah bertanya kepadanya; "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Tidak ada satupun kesempatan yang Engkau cintai agar hamba-Mu berinfak padanya melainkan aku telah berinfak padanya untuk mencari redhaMu." 
Allah menyanggah jawapannya;
"Kamu dusta. Sesungguhnya kamu berinfak hanya demi mendapatkan sebutan sebagai orang yang dermawan. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia."
“Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka."
(Riwayat Muslim)

Hadis ini banyak memberikan faedah bagi kita dalam mengenal erti sebenar keikhlasan, antaranya:
            Dosa riak- iaitu beramal kerana dilihat orang dan demi mendapatkan sanjungan-adalah dosa yang sangat diharamkan dan sangat berat hukumannya. (Syarh Muslim[6/531]). 
            Riak merupakan bahaya yang sangat dikhuatiri Nabi SAW akan menimpa orang-orang soleh seperti para sahabat. Baginda bersabda; "Mahukah ku khabarkan kepada kalian mengenai sesuatu yang lebih aku takutkan menyerang kalian daripada al-Masih ad-Dajjal?".
            Para sahabat menjawab, "Mahu ya Rasulullah." Baginda bersabda,"Iaitu syirik yang samar. Tatkala seorang berdiri menunaikan solat lantas menyempurnakan solatnya kerana merasa dirinya diperhatikan oleh orang lain." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah, al-Bushiri; at-Tam-hid, hal. 397, al-Qaul al-Mufid [2/55]). 

            Dorongan agar menunaikan kewajipan ikhlas dalam beramal. Hal ini sebagaimana yang telah diperintahkan Allah SWT dalam ayatNya yang bermaksud: "Tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar menyembah Allah dengan mengikhlaskan amal untukNya dalam menjalankan agama yang lurus." (Surah al-Bayyinah: 5)
            Hadis ini menunjukkan bahawa dalil-dalil lain yang bersifat umum yang menyebutkan keutamaan jihad itu hanyalah berlaku bagi orang-orang yang berjihad secara ikhlas. Demikian pula pujian-pujian yang ditujukan kepada ulama dan orang-orang yang gemar berinfak dalam kebaikan hanyalah dimaksudkan bagi orang-orang yang melakukannya ikhlas kerana Allah SWT.
(SyarhMuslim [6/531-532])

            Sesungguhnya ikhlas tidak akan berkumpul dengan kecintaan kepada pujian dan sifat rakus terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata;
"Tidak akan bersatu antara ikhlas di dalam hati dengan kecintaan terhadap pujian dan sanjungan serta ketamakan terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, kecuali sebagaimana bersatunya air dengan api atau dhaab, sejenis biawak dengan ikan, iaitu musuhnya juga."
(al-Fawa'id, hal. 143)

            Keikhlasan merupakan sesuatu yang memerlukan perjuangan dan kesungguhan dalam menundukkan hawa nafsu. Sahl bin Abdullah berkata; "Tidak ada sesuatu yang lebih sulit bagi jiwa manusia selain daripada ikhlas kerana di dalamnya sama sekali tidak terdapat jalan untuk memuaskan.hawa.nafsunya.".(Jami'.al-'Ulum.wa.al-Hikam,.hal..26).

Sebahagian salaf berkata; 
"Tidaklah aku berjuang menundukkan diriku dengan perjuangan yang lebih berat daripada perjuangan untuk meraih ikhlas." (Al-Qaul al-Mufid [2/53])