Jumaat, 22 November 2013

KESAN GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

Jin dan syaitan akan menyerang manusia pada 3 bahagian iaitu jasad, hati dan otak.

Jasad
Serangan pada jasad menyebabkan kesakitan fizikal dan tubuh badan yang mengganggu keselesaan hidup dan kesempurnaan ibadah. Di samping itu ia juga boleh melemahkan jiwa dan rohani akibat hasutan syaitan dengan mendatangkan buruk sangka atas musibah yang Allah s.w.t timpakan. Serangan pada jasad melibatkan penyakit-penyakit kronik dan fizikal seperti barah (kanser), angin ahmar, sakit sendi, darah tinggi, gout, penyakit kulit dan lain-lain lagi.

Hati
Serangan pada hati menimbulkan masalah berikut :
1)        Rasa was-was
2)        Mendatangkan kegelisahan hati
3)        Menyemai sifat mazmumah seperti hasad dengki, khianat, tidak amanah
4)        Menggugat ketaatan kepada melaksanakan perintah Allah s.w.t
5)        Meningkatkan syahwat
6)        Mewujudkan sifat panas baran dan cepat marah
7)        Menimbulkan minat atau kecenderungan yang tidak normal
8)        Keras hati, degil

Akal
Serangan pada akal menyebabkan masalah berikut :
1)        Masalah mental seperti gila
2)        Skizofrenia – suatu keadaan di mana pesakit mengalami halusinasi (melihat perkara-perkara yang ghaib) dan delusi (mendengar bisikan-bisikan).
3)        Melahirkan pemikiran yang negatif
4)        Masalah down syndrome
5)        Disleksia (merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.)
6)        Hilang fokus atau konsentrasi
7)        Pelupa
8)        Nyanyuk

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan, oleh itu bunuhlah mereka” (Riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas jelaslah bahawa jin dan syaitan boleh membawa banyak kemudaratan dan ancaman kepada manusia termasuklah menggugurkan janin dalam kandungan wanita-wanita yang hamil. Di samping itu juga ia juga berupaya menyekat zuriat dengan mengganggu sistem peranakan wanita dan memakan benih-benih yang terhasil dalam rahim wanita tersebut.
Di samping itu, hadis di atas juga mengutarakan bahawa kesan gangguan jin dan syaitan boleh menyebabkan butanya penglihatan manusia di mana mereka akan bertapak pada bahagian mata dan merosakkan saraf-saraf mata.
            Ibn Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya di dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandungkan  khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”

            Suatu lagi akibat daripada perlanggaran hukum syarak adalah berkaitan khunsa (pondan). Jelas dalam hadis di atas, apabila berlakunya hubungan kelamin di antara suami isteri dalam keadaan isteri tidak suci, iaitu ketika didatangi haid, maka berlakunya tindakbalas jin dan syaitan yang memasukkan benihnya sehingga diibaratkan khunsa itu sebagai anak jin. Adakalanya jin dan syaitan mengganggu si suami atau isteri dengan cara mengunci syahwat mereka ketika si isteri berada dalam keadaan subur. Syahwat ini dilonjakkan ketika isteri berada dalam keadaan haid. Begitulah ancaman jin dan syaitan terhadap manusia dalam merosakkan kesucian manusia sehingga lahirlah golongan yang dianggap ‘tidak normal’.

1 ulasan:

  1. Casino India | Online Casino with Free Spins and No Deposit Bonus
    Best Free Casino India ⭐ Get The 메리트카지노 Best Casino Bonus ➤ Play Hundreds of betway login Slots and Live Games from 10cric RTG Best Casino Bonus ✔️ Free Bonus Codes ✔️ Instant Play.

    BalasPadam