Isnin, 17 Februari 2014

KURSUS DAN KULIAH ANJURAN DARUN NURANIYYAH

          Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah menganjurkan Kursus Intensif Perubatan Islam dan Kuliah Pengukuhan Perubatan Islam pada setiap bulan, masing-masing sebanyak 11 sessi. Kursus/ Kuliah bermula pada bulan Januari 2014 dan sessi terakhir akan diadakan pada bulan November 2014, insyaAllah. Untuk maklumat lanjut, sila 'klik' pada 'program & aktiviti'.

Objektif Program
· Menyebarluas ilmu perubatan Islam yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
· Memartabat sunnah dalam aspek perubatan dan kesihatan dalam kehidupan umat Islam.
· Melahirkan jemaah perawat-perawat Islam yang berilmu dan berketrampilan dalam melaksanakan kaedah perubatan Islam dengan sanad yang sahih.
· Membendung kaedah perubatan dan kepercayaan yang bertentangan dengan syarak di dalam masyarakat seperti unsur tahyul, perbomohan dan perdukunan serta penggunaan khadam dan pendamping dalam rawatan.


Jumaat, 22 November 2013

KESAN GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

Jin dan syaitan akan menyerang manusia pada 3 bahagian iaitu jasad, hati dan otak.

Jasad
Serangan pada jasad menyebabkan kesakitan fizikal dan tubuh badan yang mengganggu keselesaan hidup dan kesempurnaan ibadah. Di samping itu ia juga boleh melemahkan jiwa dan rohani akibat hasutan syaitan dengan mendatangkan buruk sangka atas musibah yang Allah s.w.t timpakan. Serangan pada jasad melibatkan penyakit-penyakit kronik dan fizikal seperti barah (kanser), angin ahmar, sakit sendi, darah tinggi, gout, penyakit kulit dan lain-lain lagi.

Hati
Serangan pada hati menimbulkan masalah berikut :
1)        Rasa was-was
2)        Mendatangkan kegelisahan hati
3)        Menyemai sifat mazmumah seperti hasad dengki, khianat, tidak amanah
4)        Menggugat ketaatan kepada melaksanakan perintah Allah s.w.t
5)        Meningkatkan syahwat
6)        Mewujudkan sifat panas baran dan cepat marah
7)        Menimbulkan minat atau kecenderungan yang tidak normal
8)        Keras hati, degil

Akal
Serangan pada akal menyebabkan masalah berikut :
1)        Masalah mental seperti gila
2)        Skizofrenia – suatu keadaan di mana pesakit mengalami halusinasi (melihat perkara-perkara yang ghaib) dan delusi (mendengar bisikan-bisikan).
3)        Melahirkan pemikiran yang negatif
4)        Masalah down syndrome
5)        Disleksia (merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.)
6)        Hilang fokus atau konsentrasi
7)        Pelupa
8)        Nyanyuk

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan, oleh itu bunuhlah mereka” (Riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas jelaslah bahawa jin dan syaitan boleh membawa banyak kemudaratan dan ancaman kepada manusia termasuklah menggugurkan janin dalam kandungan wanita-wanita yang hamil. Di samping itu juga ia juga berupaya menyekat zuriat dengan mengganggu sistem peranakan wanita dan memakan benih-benih yang terhasil dalam rahim wanita tersebut.
Di samping itu, hadis di atas juga mengutarakan bahawa kesan gangguan jin dan syaitan boleh menyebabkan butanya penglihatan manusia di mana mereka akan bertapak pada bahagian mata dan merosakkan saraf-saraf mata.
            Ibn Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya di dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandungkan  khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”

            Suatu lagi akibat daripada perlanggaran hukum syarak adalah berkaitan khunsa (pondan). Jelas dalam hadis di atas, apabila berlakunya hubungan kelamin di antara suami isteri dalam keadaan isteri tidak suci, iaitu ketika didatangi haid, maka berlakunya tindakbalas jin dan syaitan yang memasukkan benihnya sehingga diibaratkan khunsa itu sebagai anak jin. Adakalanya jin dan syaitan mengganggu si suami atau isteri dengan cara mengunci syahwat mereka ketika si isteri berada dalam keadaan subur. Syahwat ini dilonjakkan ketika isteri berada dalam keadaan haid. Begitulah ancaman jin dan syaitan terhadap manusia dalam merosakkan kesucian manusia sehingga lahirlah golongan yang dianggap ‘tidak normal’.

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN JIN

Berpunca Daripada Jin
1)        Jin jatuh cinta pada manusia.
  -  Ingin berkahwin
  -  Ingin bersahabat
2)        Dengki dan hasad kepada manusia atas kelebihan yang Allah s.w.t. berikan kepada manusia.
3)        Balas dendam atas kematian waris.
4)        Benci kepada manusia yang taat dan suka mempelajari ilmu.
5)        Jin yang mengamalkan sihir.



Berpunca Daripada Manusia
1)        Kecuaian manusia.
  - Siram air panas dalam lubang
  - Ganggu tempat kediamannya walaupun tidak sengaja.
2)        Mencampak benda berat tanpa baca basmalah.
3)        Hubungan kelamin dengan pasangan (suami/isteri) tanpa menyebut nama Allah.
4)        Hubungan kelamin di antara suami isteri ketika isteri sedang haid.
5)        Suka mendedahkan aurat & berhias.
6)        Suka lakukan maksiat dan kemungkaran.
7)        Tidak menjaga adab semasa berada di hutan, tempat sunyi, tanah perkuburan
8)        Tukang sihir yang bekerjasama dengan jin untuk tujuan jahat.
9)        Sikap manusia yang takbur dan suka mencabar.
10)         Emosi yang tidak terkawal :
  -Terlalu marah
  - Terlalu takut
  - Terlalu sedih/ tertekan
  - Terlalu sakit
  - Cemburu
  - Nafsu syahwat yang tinggi
  - Terlalu gembira
11)         Jahil / tidak berilmu
12)         Mengamalkan sihir dan amalan khurafat
13)         Ilmu/ajaran yang salah
- Jenis-jenis persilatan tertentu
 - Tarekat yang menyimpang
14)         Kesanggupan menerima jin (saka) hingga keturunan menjadi mangsa
15)         Sifat mazmumah
 -  Dengki / khianat
 - Tidak amanah
  - Bakhil
  - Sombong/bongkak/ego
  - Riak
  - Ujub

Khamis, 14 November 2013

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN - bahagian 2

IBADAH DAN KEROHANIAN

1)        Malas beribadah
2)        Lalai daripada mengingati Allah.
3)        Meninggalkan suruhan Allah seperti solat, puasa
4)        Mengantuk ketika berzikir, membaca Al-Quran, dalam majlis ilmu.

KEHIDUPAN SOSIAL DAN AKTIVITI HARIAN

1)        Sikap berubah secara mendadak.
2)        Sering dapat menduga peristiwa yang akan berlaku.
3)        Rezeki atau mata pencarian seperti dihalang oleh sesuatu atau sering gagal dalam usaha mencari nafkah.
4)        Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
5)        Minat atau tabiat yang pelik dan buruk.
6)        Masalah seksual seperti gay dan lesbian.

AKHLAK

1)        Sering berprasangka buruk.
2)      Sering merendah-rendahkan orang lain sama ada melalui perkataan atau perbuatan.
3)        Perfectionist atau sikap yang terlampau sempurna atau cerewet.
4)      Tindakan atau kelakuan kanak-kanak yang tidak masuk akal ataupun melampau.
5)        Banyak sifat mazmumah dalam diri

GANGGUAN DI RUMAH

1)        Bunyi guli jatuh di atas syiling.
2)        Selalu melihat kelibat di rumah.
3)        Ditindih ketika tidur.
4)        Tidak dapat tidur atau tersentak ketika tidur.
5)        Ada kesan lebam pada bahagian tubuh badan.
6)        Terasa seolah-olah sentiasa diperhatikan.
7)        Anak-anak kecil kerap menangis seolah-olah takutkan sesuatu.
8)    Suasana dalam rumah sentiasa ‘panas’. Yang diistilahkan sebagai panas di sini merujuk kepada sentiasa berlaku ketegangan atau ketidakharmonian dalam rumah tangga, sama ada di antara suami isteri atau ibu bapa dan anak-anak.
9)        Berlakunya penyakit seperti demam yang berpanjangan, tidak kebah atau demam pada waktu tertentu terutamanya menjelang Maghrib dan pada waktu malam.
10)   Malas dalam beribadah atau melakukan amal soleh khususnya di rumah.
11)  Adakalanya, jin/syaitan akan menghadirkan diri dalam mimpi memaklumkan bahawa ia mendiami kediaman tersebut.
12)         Nyalaan api atau perkara pelik di dalam rumah.